“Macam Suara Sarah Ketawa” – Netizen Kata Dengar Suara Shuib Dalam Video Main Golf, Watie Minta Jangan Fitnah!

Hiburan

“Macam Suara Sarah Ketawa” – Netizen Kata Dengar Suara Shuib Dalam Video Main Golf, Watie Minta Jangan Fitnah!

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang usahawan wanita bernama  Watie Hanifiah telah dikaitkan dengan usahawan dan pelawak Shuib.

Ini berikutan muncul desas-desus yang mengatakan Watie dan Shuib menjalinkan hubungan mesra setelah mereka berdua dilihat hadir ke konsert dengan mengenakan busana yang sedondon.

Advertisement

Terbaru, ‘viral’ pula video yang memaparkan Watie bermain golf dan berlatar belakangkan suara gelak tawa lelaki.

Kemudian, netizen mendakwa suara lelaki dalam video tersebut adalah milik Shuib.

Enggan mendiamkan diri, Watie kemudian tampil menjelaskan bahawa gelak tawa lelaki berkenaan bukanlah milik Shuib dan meminta netizen berhenti memfitnah dan menyebarkan cerita palsu.

Yang datang dari TT (TikTok), untuk pengetahuan anda, bukan suara dia la. Zaman ni, dia pun belum mula main golf lagi. Jadi tolong #takbaikfitnahorang.

Terdahulu, Shuib tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya bersama Watie setelah netizen mendakwa kedua-duanya tampil berbaju sedondon dalam konsert Anuar Zain dan Ziana Zain dan juga konsert Dewa 19 pada Jumaat lepas.

Shuib enggan mengulas panjang mengenai dakwaan itu dan akan membuka mulut apabila ia keterlaluan dan melampau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib watie
2 years ago

"Lebih Dahsyat Dari Penyiasat!" - Berbaju Sedondon Ke Konsert, Shuib Jawab Spekulasi Bercinta Dengan 'Watie'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...