“Belum Tentu Dapat Hadapi..” Sharnaaz Ahmad Akui Tak Sekuat Shuib Kehilangan Orang Tersayang

Hiburan

“Belum Tentu Dapat Hadapi..” Sharnaaz Ahmad Akui Tak Sekuat Shuib Kehilangan Orang Tersayang

Pelakon bertubuh sasa, Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya masih belum dapat menghadapi dugaan yang menimpa pelawak Shuib apabila rakan artisnya itu kehilangan orang tersayang, awal pagi Isnin lalu.

Caprice Sharnaaz
3 years ago

"Apa Masalahnya Brother.." Sharnaaz Ahmad Tegur Caprice Di Instagram

Advertisement

Kata Sharnaaz, sebagai seorang bapa, dia benar-benar memahami apa yang dirasai sahabatnya itu namun belum tentu dia dapat hadapi ujian sebesar itu.

IG Story SharnaazSumber : Instagram Sharnaaz Ahmad  

Luahan rasa dan ucapan takziah itu dikongsikan Sharnaaz menerusi sebuah hantaran Instagramnya untuk tatapan peminat.

Pelakon filem Jebat itu juga memberi kata-kata semangat buat Shuib agar terus tabah dan untuk terus kuat demi anak-anak.

“Kuat demi anak-anak awak okay. Tiada kata mampu digambarkan hanya ikhlas mendoakan awak mengharungi ini dengan reda.” tulis Sharnaaz dalam hantaran itu.

Terdahulu, isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Isnin lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh COVID-19.

Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah mempunyai empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra,8, Ariq Matin,6, dan juga Ayash Affan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...