Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Apa Masalahnya Brother..” Sharnaaz Ahmad Tegur Caprice Di Instagram

Caprice Sharnaaz

Semalam, kecoh di media sosial Twitter dan Instagram mengenai Caprice yang didakwa telah mendedahkan kisah belakang tabir yang membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew di Gaza, Palestin.

Meskipun ramai yang masih celaru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan penyanyi rap yang kini masih lagi berada Palestin, tindakan pemilik namaa Ariz Ramzli, 33, ternyata telah mencetuskan tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin

Advertisement

BACA: Luah Perasaan Isu Di Gaza, Netizen Syak Caprice ‘Terasa Hati’ Dengan Ustaz Ebit Lew?

Antara artis yang tampil memberi teguran dan kecewa mengenai perbalahan yang membabitkan dua personaliti terkenal itu adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Orang sedang tengok anda di sana, tak perlu nak cipta gelombang tertentu seperti nak dedahkan sesuatu yang besar..apa masalah brother? Anda adalah orang yang baik, mungkin wujud isu mental kerana apa yang anda lihat di sana tak seperti yang dibayangkan.”

Advertisement

Pelakon filem Jebat itu berkata demikian ketika turut sama menyertai sesi Instagram Live bersama Caprice pada malam semalam.

Terdahulu, Caprice mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat apabila dia ada memaklumkan bahawa penduduk Gaza merungut mengenai cara Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada penduduk di sana.Malah, menurut Caprice lagi, Ebit Lew turut menyekat akaun Instagramnya.

CapriceSumber : Instagram Caprice  

Susulan daripada perkara itu, ramai pengguna media sosial dan beberapa selebriti menganggap Caprice bertindak kurang profesional dalam isu tersebut.

Manakala Caprice dalam sesi Live semalam turut memaklumkan bahawa dia masih belum bersedia untuk pulang selagi masalah politik yang sedang berlaku di tanah air tidak diselesaikan secara baik.

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati tentang isu ustaz Ebit Lew. Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur.” ujar Caprice.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    July 18, 2021 at 1:04 am

    “Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur..”
    Maksudnya?
    Ko yang betul…?
    Kalau orang tu tak rasa apa yang dia buat tu tak salah, camna pulak?

    Ada orang kesah ke ko balik Mesia ke tidak? Hanya sebab hal politik tak stabil…ko ada bahagian ke dalam politik tu?
    Baik-baik la dok negara orang….jgn sampai merempat.
    Nanti…ada pulak Misi nak selamatkan & bawa balik si “Attention seeker” ni…

  2. nani

    July 17, 2021 at 5:39 pm

    kesian la tengok keldai tu berdiri tercegat tengah panas. Berdiri pun tak stabil. Tak de ke tempat berteduh. Zalim betul. Binatang pun ada perasaan jgk. Masa kecik2 dulu pegi zoo taiping, saya sorang je tak naik kereta lembu. Gigih ikut belakang je. Lepas tu siap nangis sapu2 muka lembu tu. Punya la kesiannya tengok lembu tu tgh panas. Ramai kot org yg dibawak… lembu tu sekor je. Keretanya aja dah berat. Diorg ketawa tgk gelagat saya. Tp saya faham perasaan lembu tu..

  3. lvf

    July 17, 2021 at 3:50 pm

    aku rasa, dlm satu situasi, ada beberapa org ambil gambar. sbb tu nampak angle lain2. bkn lah photoshoot. mungkin ramai ada kt situ masa tu
    ambil gambar ni, selagi x aibkan org, kira ok lah
    kalau x tnjuk kang kata pegi makan angin
    kalau tnjuk, org twist tang lain
    budak di kwsn bergolak dapat toys, itu pun nk jadikan isu ke?
    niat pemberi nk bg dia gembira

    lain laa kalau kwsn tu semua org kaya2… tiba2 dia sorg je dpt bantuan
    yg tu mungkin laa dia rasa malu sbb dia sorg tak setaraf
    tp di Gaza, semua org mengharapkan bantuan.
    bg aku xde isu pun

  4. brunes

    July 17, 2021 at 11:45 am

    kan dia dah biul, apabila org ignorant kene culture shock begitulah kejadiannya

    • brunes anak bahalol diam lah ko nyah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      July 19, 2021 at 8:40 am

      biul mcm ko nyah!!!!!!!!!!!!!!!haaaaaaaaaaaahahhahaha!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top