Sebelum ini, penampilan usahawan serta pengacara, Neelofa sebagai wanita berniqab pernah dibandingkan dengan pelakon, Diana Amir dan dia sendiri mengakui banyak lagi yang perlu dipelajari olehnya untuk menyempurnakan cara pemakaian.
Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar orang ramai untuk mendoakan dirinya untuk cuba sedaya upaya perbaiki diri kearah yang lebih baik.
But I am not the most perfect person yang anda semua aspect saya jadi macam itu.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mengatakan dirinya bukanlah alim serta cukup ilmu tinggi tetapi merupakan insan yang sedang cuba sedaya upaya untuk berubah ke arah kebaikan.
Sekadar info, penampilan Neelofa sebelum ini ketika bertemu dengan Diana Amir untuk program Next To Neelofa telah mengundang kecaman daripada para warganet apabila mereka membandingkan pemakaian dua orang selebriti ini.
Sesetengah netizen ada yang berpendapat cara pemakaian Diana Amir jauh lebih baik untuk dijadikan sebagai contoh berbanding Neelofa yang didakwa berlebihan serta terlalu berfesyen.