Belum Pakai Tudung Tapi 3 Kali ‘Dijemput’ Ke Mekah, Ustazah Asmak Husin Bidas Ifa Raziah

Hiburan

Belum Pakai Tudung Tapi 3 Kali ‘Dijemput’ Ke Mekah, Ustazah Asmak Husin Bidas Ifa Raziah

Terdahulu, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan selebriti, Ifa Raziah yang memberi pandangannya mengenai isu menutup aurat telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Ifa berkata biarpun dirinya masih belum menutup aurat tetapi dia  sudah tiga kali ‘dijemput’ oleh Allah S.W.T untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Advertisement

Pelakon filem Bohsia itu turut sempat mempersoalkan bagaimana orang yang bertudung tetapi tidak pernah ‘dijemput’ Allah untuk pergi menunaikan Umrah atau Haji.

 

Susulan isu tersebut, Ustazah Asmak Husin tampil memberi teguran terhadap kenyataan Ifa Raziah di laman Facebook miliknya.

Menutup aurat itu wajib, tidak kisah dijemput ke Mekah atau pun tidak. Menjadi tetamu Mekah untuk mendapatkan Haji/Umrah mabru bukan untuk dibanggakan.

Jelasnya, kayu ukur Haji seseorang itu mabrur dilihat selepas kepulangan mereka daripada tanah suci, sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri mereka terutama akhlak dan ibadat.

Dalam pada itu, Ustazah Asmak turut memberi peringatan agar berati-hati dengan istidraj iaitu apabila seorang yang tidak mengerjakan suruhan Allah, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

'statement' ifa raziah dikecam
2 years ago

"Saya Dah 3 Kali Pergi Umrah, Yang Pakai Tudung Tak Dijemput Pun" - 'Statement' Ifa Raziah Dikecam Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...