Baru sahaja berkahwin namun Neelofa dan PU Riz terpalit dengan kontroversi selepas mereka dikritik ramai apabila didakwa merentas negeri ke Pulau Langkawi baru-baru ini.
Walaubagaimanapun menurut laporan polis dan juga penjelasan daripada pihak jenama minuman Chatime Malaysia, selebriti itu dikatakan berada di destinasi pelancongan tersebut bagi melihat lokasi baru cawangan minuman berkenaan di sana.
BACA: Polis Dedah Neelofa Dan PU Riz Ke Langkawi Atas Urusan Kerja
Hanya mendengarkan kenyataan daripada pihak polis dan juga Chatime Malaysia, Neelofa nampaknya lebih senang mendiamkan diri mengenai isu tersebut namun dilihat kekal tenang mengemas kini aktiviti sehariannya di kepulauan itu.
View this post on Instagram
AdvertisementTerbaru, Neelofa memuat naik entri menerusi IG Story di laman Instagram miliknya bagi memberi respons kepada kontroversi yang menyelubungi dirinya itu.
Katanya, dia bersyukur ramai orang yang kini tahu mengenai cawangan terbaru Chatime miliknya di Langkawi dek isu tersebut.
“Bertenang semua di luar sana.. tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara.. syukur rezeki Allah atur, now berjuta orang tahu outlet Chatime saya akan dibuka di Langkawi.”
Wah! Besar betul misi Neelofa sebagai usahawan kan?
SUMBER : Instagram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.6 Comments
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
anti mek klate
April 2, 2021 at 1:35 am
ah mcm biasa kardashian kelantan suka spotlight pegi dkt dia.
sonok la dia melayu2 lain masih sanjung dia
pak abuu
April 1, 2021 at 4:32 pm
maksud lofa orang tau bukan dari mulut dia..tapi dah kecoh..gitu…sick je manjang…awak sick tak? gi test covid gih…..
Anonymous
April 1, 2021 at 3:58 pm
suami akan ikut ke mana2 juga ke masa dok buat urusan business? takkan si suami tak ada job lain
pak abuu
April 1, 2021 at 4:30 pm
hidup ni biar positif dulu..jangan asyik takkan2 tak habis2..awak ni takkan taktau ? hahaha. cam awak outstation bawak anak bini..xtakn isteri awak xdak job..apply cuti la tu…contoh……
hakak
April 2, 2021 at 11:52 am
tak salah kot kalau suami dia ikut dia atas urusan business.. dorang pun ada bisnes sama2 jugak.. markaz tijari… mana tau yg ni pun suami dia ada share jugak.. takkan sumer nak bagitahu kat org..
unknown
April 1, 2021 at 3:17 pm
dh company siap keluaq surat bagai sah2 org tau.. sick