“Belum Ada Rezeki Anak, Doa-Doakan..” – Heliza Helmi & Suami Belum Ada ‘Plan’ Ambil Anak Angkat

Hiburan

“Belum Ada Rezeki Anak, Doa-Doakan..” – Heliza Helmi & Suami Belum Ada ‘Plan’ Ambil Anak Angkat

Pasangan mana saja yang tidak menyimpan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri apabila sudah mendirikan rumah tangga. Tetapi ada saja pasangan yang sudah berkahwin diuji memiliki zuriat lambat oleh Allah SWT.

Tangguh hasrat miliki anak?

Selebriti Datin Heliza Helmi menjawab pertanyaan media untuk mendoakan yang baik-baik untuk dia serta suami apabila ditanyakan jika menangguh hasrat untuk miliki cahaya mata sendiri kerana sibuk bekerja dan melakukan aktiviti kemanusiaan.

Advertisement

Belum ada rezeki untuk dapat anak. Doa-doakanlah. Allah SWT tahu apa yang terbaik.

Dalam pada itu, Heliza atau mesra bahasakan diri sebagai Kak Ja berkata dirinya reda dengan ketentuan Allah SWT kerana masih belum dikurniakan cahaya mata biarpun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Belum ada ‘plan’ ambil anak angkat

Apabila disoal oleh pihak media mengenai ambil anak angkat, Heliza memberitahu dia dan suami belum merancang ke arah itu lagi.

Saya memang suka dengan kanak-kanak tapi belum ada perancangan untuk ambil anak angkat lagi.

Sekadar info, Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi selamat mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu iaitu pada 1 Januari 2022.

heliza
3 months ago

"Mungkin Dia Khilaf.." - Tidak Mengambil Tindakan Undang-Undang, Heliza Helmi Maafkan & Faham Kondisi Fatiya Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...