“Mungkin Dia Khilaf..” – Tidak Mengambil Tindakan Undang-Undang, Heliza Helmi Maafkan & Faham Kondisi Fatiya Latiff

Hiburan

“Mungkin Dia Khilaf..” – Tidak Mengambil Tindakan Undang-Undang, Heliza Helmi Maafkan & Faham Kondisi Fatiya Latiff

Tidak mahu memanjangkan cerita berkenaan dakwaan palsu yang dilemparkan kepada suami Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Zaman oleh aktres Fatiya Latiff itu, Heliza tidak bercadang untuk mengenakan tindakan undang-undang.

Faham kondisi

Menurut Heliza, dirinya memilih untuk memahami kondisi kesihatan pelakon tersebut dan berkata orang ramai akan turut memahami situasi berkenaan. Jadi, dirinya hanya mampu mendoakan kebaikkan Fatiya sahaja.

Advertisement

Masa mereka buat live, saya betul-betul tak tahu apa-apa, tapi bila ada orang ajukan video berkenaan, jujurnya saya faham.

 

Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan mungkin ini adalah masa dia diuji dan apa yang diperlukan adalah doa dari seluruh mukmin.

Tiada ambil tindakan

Menurut penyanyi berumur 38 tahun ini, dirinya bertindak untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada Fatiya bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan. Menurutnya, dakwaan itu tidak benar maka tidak perlu memanjangkannya.

Saya tidak rancang untuk mengambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan adalah tidak betul sama sekali.

 

Saya rasa dia tidak perasan situasi ketika itu, mungkin dia khilaf tapi sekiranya perkara ini berlarutan, lain pula ceritanya kelak.

Terdahulu, Fatiya sempat mendakwa suami kepada Heliza ini seorang penipu apabila syarikat milik suaminya gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun dahulu.

fathia latiff
4 months ago

Fathia Latiff Dakwa Suami Heliza Helmi Penipu, Tak Siapkan 'Renovation' Rumah - "Dah 5 Tahun Saya Bayar Ansuran"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...