Belum Ada Kenyataan Rasmi Berkenaan Penangguhan Ibadah Haji Tahun Ini

COVID-19

Belum Ada Kenyataan Rasmi Berkenaan Penangguhan Ibadah Haji Tahun Ini

Berikutan khabar berita mengenai penangguhan ibadah haji yang tular baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah tampil memberi kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Ruhainies Sarah
3 hours ago

"Past Is Past Babe, It's Just You And Me" - Pelawaan Untuk Berjumpa Ditolak Sarah, Dakwa Ruhainies Tidak Pandai 'Speaking' Seperti Di DM

Advertisement

Beliau telah memaklumkan bahawa, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang diberitahu oleh pihak Arab Saudi berhubung dengan perkara itu.

Kenyataan tersebut telah disampaikan menerusi akaun media sosial miliknya.

Bagi mengesahkan perkara tersebut, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli telah membuat satu pertemuan bersama Duta Besar Arab Saudi, TYT Mahmoud Hussien bin Saeed Qattan bersama-sama, Syeikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’an, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji, Tabung Haji dan Tuan Haji Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang diadakan pada 7 April 2020 berkenaan berita penangguhan tersebut.

Kenyatan rasmi

Belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan penangguhan ibadah haji bagi tahun ini.

Beliau juga telah menyeru kepada seluruh umat Islam untuk tidak menyebarkan sebarang khabar angin palsu berkenaan perkara ini dan bersama-sama mendoakan agar wabak yang menyerang dunia ini hilang supaya umat Islam dalam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Semoga semuanya baik sahaja.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...