BellaBot Jadi Robot Pertama Bantu Kakitangan Hospital Di Malaysia

Teknologi

BellaBot Jadi Robot Pertama Bantu Kakitangan Hospital Di Malaysia

Teknologi BellaBot ini merupakan robot pertama dalam industri kesihatan di Malaysia.

Menerusi laporan Astro Awani, Bryan Lin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway berkata, kemunculan teknologi hebat ini dapat membantu kakitangan hospital beri tumpuan kepada penjagaan pesakit ketika pandemik ini.

Advertisement

3 years ago

Robot 'Delta' Bantu Penduduk Jalani Kuarantin Di Rumah

Fungi BellaBot di hospital

Selain tugasnya di wad pediatrik, BellaBot juga dilihat di lobi untuk membantu pengunjung mencari arah tuju di sekitar hospital.

Robot pertama di dalam industri penjagaan kesihatan ini juga dapat memberikan keceriaan kepada pesakit dengan menyampaikan kek hari jadi dan lagu ulang tahun melalui fungsi ‘mode ulang tahun’.

BellaBot bantu kakitangan hospital

Robot ini juga disediakan kemudahan untuk menempatkan dulang bagi penghantaran makanan dan sistem navigasi untuk bergerak dengan selamat di sekitar wad.

“Kami gembira jadi hospital pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi BellaBot.”

“Ini juga tepat pada masanya setelah diiktiraf sebagai Syarikat Hospital Teknologi Pintar Tahun 2021 Frost & Sullivan dua bulan lalu.”

Pengurus Perkhidmatan Makanan, Joanne Leow turut menunjukkan demonstrasi penggunaa teknologi pintar itu.

Menurutnya, walaupun ketiadaan jaringan internet teknologi ini masih dapat berfungsi dan setakat ini tidak ada gangguan antara alatan perubatan di sepanjang proses ini.

Selain dapat menyanyikan lagu ulang tahun, robot comel ini juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dan berpotensi untuk penambahan bahasa lain pada masa akan datang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...