Robot ‘Delta’ Bantu Penduduk Jalani Kuarantin Di Rumah

Teknologi

Robot ‘Delta’ Bantu Penduduk Jalani Kuarantin Di Rumah

Ciptaan robot menggunakan barang terpakai ini menjadi salah satu inisiatif yang dilakukan oleh penduduk Kampung Tebok Gede, Surabaya dan saintis di Indonesia dalam berdepan dengan wabak Covid-19.

Tujuan asal ciptaan robot ini hanyalah untuk suka-suka. Ianya digunakan untuk membawa makanan dan memberi semangat kepada individu yang sedang menjalani kuarantin.

Advertisement

4 years ago

Singapura Cipta Robot Anjing Sebagai Peronda Untuk Pastikan Penjarakan Sosial Di Taman

Terhasil daripada barangan elektrik terpakai

Digelar dengan nama ‘robot Delta’ sempena varian Covid-19 yang mudah menular di Indonesia, ianya diperbuat daripada barangan elektrik seperti periuk, kuali, monitor televisyen dan lain-lain. Kreatifnya!

Memetik laporan Astro Awani, ketua kejiranan perumahan yang dikenali sebagai Aseyanto berkata, dia telah mengetuai projek tersebut dan mencipta robot itu untuk membantu penduduk.

“Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti menyembur pembasmi kuman, menghantar makanan dan memenuhi keperluan penduduk yang menjalani kuaratin di rumah.”

Cara robot Delta berfungsi

Pasti ramai yang tertanya bagaimana cara robot ini bekerja. Kepala robot tersebut diperbuat daripada periuk nasi dan dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh.

Bukan itu saja, jangka hayat bateri ini juga bertahan selama 12 jam. Ini bermakna, robot ini boleh bekerja dan membantu penduduk lebih kurang setengah hari berdasarkan jangka hayat bateri.

Robot bukan hanya sekadar robot tetapi ciptaan teknologi ini juga boleh mengeluarkan kata-kata. Setiap kali tiba di rumah pesakit Covid-19, robot itu akan memberi salam.

“Assalamualaikum, penghantaran telah tiba. Semoga cepat sembuh.”

Menurut Aseyanto, walaupun teknologi robot ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan teknologi di Jepun, namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu penduduk di sekitar kampung untuk menjalani kehidupan seharian.

Ciptaan ini sememangnya menjadi rekaan yang cukup kreatif dan dapat menjana idea di tempat-tempat lain untuk mencipta robot seperti ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...