“Bella Berhak Hidup Tenang..” – Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz, Rakan Artis ‘Banjiri’ Komen Bella Dengan Kata Sokongan

Hiburan

“Bella Berhak Hidup Tenang..” – Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz, Rakan Artis ‘Banjiri’ Komen Bella Dengan Kata Sokongan

Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama akres Ruhainies, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah pun hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari Rabu bagi prosiding cerai terhadap suaminya itu.

Disokong oleh rakan artis

Pada hari yang sama, Bella telah memuat naik sebuah video ketika dirinya dimahkamah namun tanpa kapsyen. Dalam hantaran itu, aktres ini terlihat sedang berbual dengan peguam yang mewakilinya iaitu Azmi Mohd Rais.

Advertisement

Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan-rakan artis memberikan kata-kata semangat kepada Bella. Mereka turut mendoakan agar ibu kepada dua orang cahaya mata ini dikurniakan kekuatan dan segala ujian dipermudahkan.

You deserve happiness and a life without anxiety and doubt and worry.

 

Love you, adik.

 

I admire your patience and courage to face all these challenges.

bellaSumber : Instagram  

Terdahulu, Bella telah menghadiri mahkamah selepas memfailkan penceraian terhadap Aliff Aziz. Namun, sebutan pertama kes tersebut telah ditunda kerana Aliff tidak dapat menghadiri atas sebab shooting meskipun sudah setuju untuk hadir.

Oleh itu, menurut Azmi Mohd Rais, sebutan semula kes terbabit akan berlangsung pada 4 April depan.

Untuk rekod, Aliff dan Bella telah sah bergelar suami dan isteri pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

A aida bella astillah
2 months ago

Rezeki Mencurah-Curah! Bella Astillah Dapat 'Job' 3 Kontrak Drama Daripada A.Aida - "Ruhainies Minta Maaf Pun Saya Tetap.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...