Walaubagaimanapun, Bella menerusi portal mStar Online memberitahu beliau tidak mengetahui punca suaminya itu berang dan memuat naik status di akaun Instagramnya.
Saya tak tahu apa punca dia menulis status itu, tapi daripada bahasa yang digunakan Alif seperti sangat marah. Saya tidak bertanya lanjut tentang hal itu kerana tak mahu memanjangkan cerita. Apa sebab membuatkan dia marah, alasan itu ada pada dia.
Bella menegaskan beliau sudah mahu meneruskan kehidupannya dan enggan lagi dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini bersama Afifah. Fokus Bella hanya kepada keluarganya.
Saya dah move on dan tak nak panjangkan lagi kisah itu. Malah, saya tak nak tahu apa-apa hal berkaitan pihak sana. Sekarang ini saya hanya mahu fokus dengan keluarga sahaja. Tak nak fikir lagi tentang benda lepas.