Bella Astillah Kecewa ‘Blogger’ Sebar Fitnah Aliff Aziz Curang Guna Video Lama – “Bila Selalu Post Cakap Menunjuk”

Hiburan

Bella Astillah Kecewa ‘Blogger’ Sebar Fitnah Aliff Aziz Curang Guna Video Lama – “Bila Selalu Post Cakap Menunjuk”

Meskipun kisah pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isteri keduanya kini hangat diperkatakan namun nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tidak kurang juga terpalit.

Ia gara-gara timbul desas desus mengatakan dia kembali curang malah turut tular satu video menunjukkannya di sebuah kelab malam bersama seorang perempuan.

Advertisement

Bagaimanapun, rakan artis telah tampil mempertahankan Aliff dan mendedahkan bahawa ia adalah ketika penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

1 year ago

Tular Video Aliff Aziz Di Kelab Makan, Rakan Dedah Perkara Sebenar - "Tak Pasal-Pasal Member Kena Fitnah"

Terbaru, isteri penyanyi itu, Bella Astillah turut tampil bersuara selepas berlaku penyebaran berita yang dimuat naik oleh satu ‘blogger’ hiburan.

Menerusi hantaran tersebut, ‘blogger’ itu telah menggunakan video lama Bella dan menyebarkan berita bahawa Aliff kembali curang dengan wanita lain.

Jelasnya, tindakan mereka berdua berdiam diri dan tidak memberi kenyataan mendorong sesetengah ‘blogger’ mengambil kesempatan untuk menggunakan statement lama darinya pada 2019. Katanya, ia ketika bulu mata palsu dipakainya tercabut namun ia digunakan dengan headline Aliff Aziz curang.

Tambah Bella lagi, ia adalah fitnah dan perkara tersebut mengganggu kerjanya yang kini sedang bertanding dalam Famili Duo serta Aliff yang sibuk dengan penggambaran drama.

Akuinya, mereka berdua sedang bekerja keras mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan menjalani rawatan.

Bila kami selalu ‘post’ gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat. Tapi, bila kami tak ‘post’ cakap kami bergaduh. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...