Tular Video Aliff Aziz Di Kelab Makan, Rakan Dedah Perkara Sebenar – “Tak Pasal-Pasal Member Kena Fitnah”

Hiburan

Tular Video Aliff Aziz Di Kelab Makan, Rakan Dedah Perkara Sebenar – “Tak Pasal-Pasal Member Kena Fitnah”

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran video memaparkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kelab malam sekitar jam 5 pagi.

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 31 tahun itu dilihat sedang berhibur di kelab malam bersama seorang wanita yang memakai baju dress berwarna merah.

Advertisement

Susulan itu, timbul dakwaan mengatakan Aliff kembali ‘buat hal’ memandangkan dia dan isteri kini sedang menghadapi ujian terkena sihir pemisah.

Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, rakan pelakon iaitu Shahidan Izwan mengatakan spekulasi yang timbul itu merupakan fitnah semata-mata.

Menurut Shahidan, video yang tular itu sebenarnya adalah sesi penggambaran untuk sebuah babak di dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Tak pasal-pasal member kena fitnah.

Difahamkan, selain Aliff drama itu turut dibintangi oleh Shahidan dan Sophia AlBarakbah dan drama tersebut bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Malah, Shahidan turut memaklumkan air minuman yang dipegang oleh mereka bukanlah minuman keras tetapi sebaliknya hanya air berkarbonat berperisa epal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Mimpi Ular & Kerap Sakit, Bella Astillah Dedah Terkena Sihir - "Anak Meracau Setiap Hari"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...