Bella Astillah Akui Khilaf, Niat Hanya Ingin Bagi Aliff Aziz Cemburu – “Saya Lakukan Kerana Dia Curang Dengan Dua Orang Wanita”

Hiburan

Bella Astillah Akui Khilaf, Niat Hanya Ingin Bagi Aliff Aziz Cemburu – “Saya Lakukan Kerana Dia Curang Dengan Dua Orang Wanita”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil membuka mulut setelah tular mengenai dakwaan dia bermain kayu tiga dengan seorang pelakon lelaki baru iaitu Muaz Zabir.

Ujar Bella, tujuan asal dia bersama Muaz adalah semata-mata ingin membuatkan suami, Aliff Aziz berasa cemburu di saat dia juga sedang berselingkuh dengan dua orang wanita.

Advertisement

Bella tampil meluahkan rasa kesal memandangkan esok juga adalah sebutan kes perceraian antara dia dan suaminya itu.

Sebenarnya kes ini ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.

Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain tak perlu saya sebut nama.

Tambahnya lagi, tindakan itu adalah hanya untuk meraih perhatian Aliff dan membuatkan suaminya cemburu.

Malah, kisah itu sebenarnya sudah diketahui keluarga kedua belah pihak dan mereka juga sudah bermaafan dan beranggapan Aliff sudah meletakkan ‘penutup’ di atas kesilapan yang dilakukannya itu.

Jelasnya lagi, setelah isu itu berlalu dan rumah tangga kembali tenang, Aliff mula berubah perangai setelah terlibat dalam penggambaran bersama Ruhainies seperti menukar password telefon bimbit.

Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz. Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya.

Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban.

Tular sebelum ini apabila satu akaun di TikTok telah mendedahkan dakwaan mengenai hubungan sulit Bella dan Muaz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita Rudaini
9 months ago

"Orang Macam Tu Akan Cari Jalan & Cuba Untuk 'Twist' Cerita" - Rita Rudaini Nasihat Bella Astillah Isu Skandal Dengan Muaz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...