“Orang Macam Tu Akan Cari Jalan & Cuba Untuk ‘Twist’ Cerita” – Rita Rudaini Nasihat Bella Astillah Isu Skandal Dengan Muaz

Hiburan

“Orang Macam Tu Akan Cari Jalan & Cuba Untuk ‘Twist’ Cerita” – Rita Rudaini Nasihat Bella Astillah Isu Skandal Dengan Muaz

Kecoh hari ini apabila muncul dakwaan mengatakan pelakon dan penyanyi Bella Astillah ada menjalin hubungan sulit bersama seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Muaz Zabir.

Ia mula menjadi tular setelah beberapa foto memaparkan aksi dan perbualan mesra Bella bersama Muaz di sebuah aplikasi sembang dan dimuat naik semula ke laman TikTok.

Advertisement

Bella Muaz
4 weeks ago

"Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh?" - Didakwa Ada Skandal, Ramai 'Backup' Bella Astillah?

Masih tiada sebarang kenyataan daripada Bella, pelakon kecil molek itu dilihat memuat naik kembali status pesanan daripada aktres Rita Rudaini dipercayai ada kena mengena dengan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Dalam hantaran itu, Rita menasihatkan Bella untuk sentiasa yakin dengan ketetapan Allah S.W.T.

Bella Astillah Rita Rudaini

Bella Astillah jalan terus, yakin lah, Allah ada dengan awak. Orang yang di kejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita.

Sebab bayang-bayang tu akan kejar diorang sampai kiamat. Orang macam tu memang sampai kiamat pun tak akan mengaku salah, lagi nak cari jalan dan cuba cari geng untuk twist supaya orang lupa kisah mereka.

Rita juga meminta Bella untuk menjaga amanah Allah iaitu kedua-dua orang anaknya dengan sehabis baik dan tidak perlu risau dengan soal jodoh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...