Bell Ngasri Luah Rasa Terharu Dengan Kata-Kata Semangat Daripada Orang Ramai

Hiburan

Bell Ngasri Luah Rasa Terharu Dengan Kata-Kata Semangat Daripada Orang Ramai

Mengundang rasa sebak penonton menerusi sebaris ayat yang diucapkannya pada pementasan Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu lalu, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri melahirkan rasa terharu dengan kata-kata semangat yang diterima.

3 years ago

Jadi Ikon 'Muka Orang Tak Puasa', Bell Ngasri Tak Sangka Watak Barkoba Laris Di Media Sosial

Advertisement

Menurut Bell, dia juga tidak menyangka ramai yang masih terkesan dengan ayat yang dilontarkannya pada pementasan MLM pada Jumaat lalu.

Minggu ini minggu yang penuh dengan cerita pasal saya dan tak lupa kumpulan Tobat. Apa pun, terima kasih kepada semua pihak media yang sudi berkongsi cerita kami dengan masyarakat.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Bell menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya bagi tatapan peminat dan pengikutnya semalam.

Tambah Bell, apabila dia tengok kembali pementasan sketch terdahulu mereka di beberapa minggu sebelumnya, dia akui merasa agak sendu dari segi peminatnya namun dia akur dengan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Bell juga sempat memberitahu yang dia tidak akan melupakan jasa sahabatnya iaitu Ajak Shiro, Ropie dan Shuk Sahar walaupun Shuk sudah tidak bersama mereka di MLM.

Bell Ngasri

Ujar Bell lagi, dia meletakkan harapan agar pengikut dan peminat terus hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya dan kumpulan Tobat yang menyertai pertandingan tersebut.

Kumpulan ini kerdil macam saya juga. Tapi naklah juga merasa setaraf dengan kumpulan-kumpulan terbaik yang ada di pentas MLM ini.

Terdahulu, Bell menerusi segmen pertama pertandingan tersebut dengan tema Majlis Keraian telah melontarkan dialog berbunyi ‘Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun’.

Selain itu, satu lagi dialog Bell yang turut menyentuh hati banyak pihak ialah apabila dia menyebut ‘Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...