“Belajar Tinggi-Tinggi Belum Tentu Berjaya” –  Qistina Raisah Mengaku Kena Buang Sekolah Sebab Selalu Ponteng

Hiburan

“Belajar Tinggi-Tinggi Belum Tentu Berjaya” –  Qistina Raisah Mengaku Kena Buang Sekolah Sebab Selalu Ponteng

Pelakon remaja, Qistina Raisah mengakui dia telah dibuang sekolah dari usianya tujuh tahun kerana kerap tidak hadir ke sekolah.

Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri berkata dia hanya pergi ke sekolah selama 10 hari sahaja ketika darjah satu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 14 tahun itu memaklumkan dia juga tidak mempunyai pengalaman duduk makan di kantin sekolah.

Saya banyak tak datang sekolah sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama termasuk beberapa program televisyen.

Bagaimanapun, Qistina berkata dia mendapatkan pendidikan di rumah atau homeschooling dari usianya tujuh tahun sehingga sekarang.

Saya daftar sekali lagi masuk ke sekolah masa darjah enam untuk menduduki (UPSR), tapi PKP pula.

Namun, pelakon Papa Ricky itu sekali lagi dibuang sekolah kerana perlu ke Itali untuk penggambaran bersama Zul Ariffin dan Neelofa.

Cikgu pula ingat saya pergi bercuti, kena buang lagi.

Dalam pada itu, Qistina berkata dia mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara namun percaya dengan rezeki yang diaturkan oleh Allah SWT.

Ada orang dah belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

balqis
10 months ago

"Saya Tak Tahulah Apa Yang Dia Terasa" - Cuba Berbaik Dengan Puteri Balqis, Qistina Raisah Kesal Tak Dilayan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...