“Saya Tak Tahulah Apa Yang Dia Terasa” – Cuba Berbaik Dengan Puteri Balqis, Qistina Raisah Kesal Tak Dilayan

Hiburan

“Saya Tak Tahulah Apa Yang Dia Terasa” – Cuba Berbaik Dengan Puteri Balqis, Qistina Raisah Kesal Tak Dilayan

Pelakon remaja, Qistina Raisah memaklumkan bahawa dia dan ibunya sudah cuba untuk menghubungi pelakon, Puteri Balqis Ashikin sebagai usaha untuk berbaik.

Bukan itu sahaja, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri berkata ibunya telah menghantar mesej dari hari kejadian pelakon itu membuat hantaran di Instagram Story.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon berusia 14 tahun itu memaklumkan dia tidak mendapat sebarang respon daripada Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish.

Mak saya memang dah WhatsApp dia tapi tak balas, tak read apa semua. Kita pun macam alamak sedihnya.

Dalam pada itu, Qistina berkata dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu dengan pelakon itu.

Saya memang tak ada apa-apa masalah dengan dia, saya tak tahulah apa yang dia terasa.

Malah, pelakon filem Rahsia itu memohon maaf sekiranya dia membuat apa-apa kesalahan yang membuatkan Aqish terasa hati.

Saya okay, kalau jumpa lagi pun saya tak akan mengelak sebab saya tahu saya memang tak ada salah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri balqis qistina raisah
11 months ago

"Tak Tahu Kenapa Perlu Play Victim" - Didakwa Pandang Rendah & Hina, Puteri Balqis Pelik Kenapa Qistina Raisah Terasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...