Pelakon wanita terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui akur dengan takdir dalam urusan jodoh yang belum kunjung tiba.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu rakaman YouTube Venna Melinda. Luna turut mendedahkan sudah pun siap-siap menjalani proses membekukan sel telur (ovum) tahun lalu.
Perancangan tersebut ingin dilakukan 4 tahun lalu, namun baru berkesempatan selepas mengenal pasti pusat berkenaan di Indonesia.
Aku udah freeze egg kak, sebenarnya nak buat dari 4 tahun lalu, tapi baru kesampaian tahun lepas.
Difahamkan, ovum tersebut akan dibekukan dan disimpan untuk proses fertilization kelak. Kini, Luna tidak lagi merasa tergesa-gesa untuk berkahwin dan lebih tenang menjalani hidupnya seperti biasa.
@lunamayafanmedia ? Hopefully she will find the one soon and start a family of her dreams. Cause she will the best mom! #lunamaya
Dalam pada itu, Luna turut mendedahkan kini sudahpun berbaik-baik dan saling berhubung dengan bekas teman lelakinya yang juga vokalis kumpulan Noah dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka berdua kembali menjalinkan hubungan seperti dulu.