Bekas Tong Berkulat, Najis Tikus Bertaburan Di Lantai, Kilang Kicap Dan Roti Diarah Tutup

Berita

Bekas Tong Berkulat, Najis Tikus Bertaburan Di Lantai, Kilang Kicap Dan Roti Diarah Tutup

Daun-daun kering serta bulu burung antara objek yang ditemukan di dalam tong perapan kacang soya di sebuah kilang pemprosesan kicap di Bagan Lebai Tahir yang sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN), semalam.

Kilang tauhu dan belacan
2 years ago

Menjijikkan! Tikus Berkeliaran Dan Tauhu Bersepah, Kilang Pembuatan Makanan Di Seberang Perai Diarah Tutup

Advertisement

Menurut laporan Astro Awani, pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata semasa pemeriksaan dijalankan, mereka mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih dan berkulat telah digunakan oleh pengusaha kilang.

Ada juga ranting kayu daun dan bulu binatang dan tidak mustahil najis burung (jatuh) berlaku pada proses pemerapan tesebut.

Kilang kicap dan roti kotorSumber : Astro Awani  

Selain itu, di pemeriksaan kilang roti bertempat di Raja Uda pula, pihaknya menemui najis tikus bertaburan di lantai dan bekas pembakar roti yang sudah lama tidak dipakai.

Kilang roti ini sudah beroperasi sejak enam tahun lalu. Kita risau, terdapat najis tikus terlalu banyak dan masih basah lagi (baru).

Kilang kicap dan roti kotorSumber : Astro Awani  

Oleh kerana terlalu kotor dan boleh menjejaskan kesihatan orang ramai, JKN mengarahkan kedua-dua premis itu ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...