Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Berkahwin

Hiburan

Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Berkahwin

Semalam pihak media dikejutkan dengan pengumuman oleh Raja Farah bahawa beliau sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi. Malah, berita tersebut  turut menjadi satu kejutan besar buat bekas suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria yang hasratnya kini musnah apabila  mempunyai niat untuk merujuk semula dengan Raja Farah sebelum ini.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Megat menerima berita tersebut dengan baik, redha serta meyifatkan jodoh mereka sudah tiada lagi.

Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia. Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan.

Megat turut menasihati agar peminat ataupun masyarakat di luar sana tidak memberikan komen negatif ataupun mempunyai persepsi negatif terhadap Raja Farah.

Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya.

Semalam petang , menerusi satu sidang media khas yan diadakan di kediaman beliau terletak di Bukit Jelutong, Raja Farah telah mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan majlis pertunangan mereka sudah pun berlangsung pada sebelah pagi sebelum sidang media berkenaan.

Sebelum ini, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...