(TAHNIAH) Bakal Tamatkan Status Janda : Raja Farah Sudah Bergelar Tunangan Orang Semalam

Hiburan

(TAHNIAH) Bakal Tamatkan Status Janda : Raja Farah Sudah Bergelar Tunangan Orang Semalam

Sekitar petang semalam kami ada terdengar khabar angin bahawa pelakon Raja Farah bakal mengadakan satu sidang media khas.  Tentu sekali ramai yang berspekulasi tentang sidang media tersebut, apakah sebenarnya berita tergempar yang beliau bakal umumkan?

Akhirnya  semua teka-teki terjawab apabila Raja Farah mengesahkan beliau bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Pengumuman tersebut dilakukan oleh beliau sewaktu majlis terbuka anjurannya dan keluarga di Bukit Jelutong.

Advertisement

Pada sebelah pagi sebelum sidang media tersebut, satu majlis pertunangan telah diadakan juga di lokasi yang sama dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat.  Raja Farah yang tampak cukup manis mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail telah menerima dua bentuk cincin sebagai tanda merisik dan bertunang. Bakal suaminya turut hadir semasa majlis pertunangan tersebut tetapi tidak pada sidang media.

Walaupun baru sahaja bercerai tiga bulan lepas, Raja Farah mengakui sudah meneruskan kehidupannya dan menerima jodoh yang telah ditentukan olehNya. Kesungguhan bakal suami telah berjaya memikat hati beliau.

Raja Farah dan bakal suami mula berkenalan dua hari sebelum Ramadhan atas dasar kerja, akhirnya menimbulkan rasa cinta diantara mereka berdua.

Saya sudah “move on” dengan kisah lalu dan terus kehidupan mendatang. Saat talak jatuh lagi saya sudah bersedia untuk mencari kehidupan baharu dan menerima hakikat serta suratan hidup. Cuma tak sangka jodoh datang begitu cepat. Bagaimanapun bukan senang untuk saya terbuka hati dengan dia (bakal suami). Atas dasar memberi peluang dan melihat kesungguhannya saya buka ruang untuk mengenalinya.

Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya. Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 sebelum berpisah pada 25 Mei lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah, selepas hujan pasti akan ada pelangi dihujungnya. Walaupun pernah dihina kerana tidak mampu melahirkan zuriat sebagai punca kegagalan rumah tangga dahulu, beliau tetap tabah menghadapinya. Semoga perkahwinan kali kedua ini kekal sehingga hujung nyawa. InshaAllah.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...