Bekas Suami Nabila Huda Nafi Bercinta Dengan Elizabeth Tan

Hiburan

Bekas Suami Nabila Huda Nafi Bercinta Dengan Elizabeth Tan

Jika sebelum ini Elizabeth Tan digemparkan dengan gakwaan sebagai orang ketiga punca perpisahan penyanyi Adira dan tunangnya Shahrul Nasrun, kini timbul pula gosip mengatakan beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama bekas suami Nabila Huda iaitu Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger.

Advertisement

Namun, Eddie yang sudah mendengar khabar angin tersebut menafikan beliau sedang hangat bercinta dengan Elizabeth dan menegaskan mereka Cuma rakan sekerja yang bernaung dibawah satu pengurusan yang sama.

Saya tidak bercinta dengan Elizabeth. Saya hanya berkawan baik dengan dia kerana berada di bawah satu pengurusan yang sama dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Elizabeth dan Tiga Swagger juga bakal muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Sayang Pulanglah Sayang.

Eddie sebenarnya merasa terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana secara jujur beliau tidak pernah bertemu empat mata bersama penyanyi Knock Knock itu secara peribadi. Buat masa ini, Eddie memberitahu beliau masih lagi solo dan ingin memberikan fokus kepada kariernya dan juga anak perempuan beliau hasil perkahwinan bersama Nabila Huda bernama Keisha Laila.

Ini pertama kali saya mendengar dakwaan ini. Saya tak pernah berjumpa secara peribadi dengan Elizabeth. Saya hanya berjumpa dengan dia hanya di pejabat dan acara di luar, semuanya atas urusan kerja. Saya terkejut dengan dakwaan ini.

Saya masih solo. Saya menumpukan fokus kepada kerjaya dan anak saya, Keisha Laila. Selepas saya melalui zaman penceraian dahulu, saya lebih mengutamakan keperluan anak daripada keperluan diri sendiri.

Eddie dan  Nabila Huda mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2008 sebelum berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Sumber Berita : Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...