Bekas KP Johor, Datuk Ayob Khan Dilantik Sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Berita

Bekas KP Johor, Datuk Ayob Khan Dilantik Sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuatkuasa semalam, seperti laporan Kosmo Online.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah di mana dia menyimpan keyakinan bahawa perlantikan Datuk Ayob itu akan dapat memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang.

Advertisement

Tan Sri Acryl mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan Ayob Khan sebagai pengarah JSJN serta isterinya sebagai pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JSJN yang baharu.

“Saya yakin, dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Ayob mampu memikul amanah yang diberikan ini dengan cemerlang, sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang.” memetik ucapan Tan Sri Acryl Sani.

Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Pengarah JSJN Bukit Aman itu telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menyaksikan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 50 pegawai dan anggota PDRM bagi menghargai jasa dan kepahlawanan serta pengorbanan mereka kepada tanah air semasa darurat dan juga insurgensi komunis.

Ismail Sabri
3 years ago

Tiga Menteri Bakal Gugur, DS Ismail Sabri Bakal Rombak Kabinet Dalam Masa Terdekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...