BebyTora Dikutuk Gemuk, Netizen Jahat Suruh Suami Kahwin Lain Gara-Gara Belum Ada Anak

Kehidupan

BebyTora Dikutuk Gemuk, Netizen Jahat Suruh Suami Kahwin Lain Gara-Gara Belum Ada Anak

Pensohor media sosial, BebyTora sememangnya dikenali kerana sering berkongsi perihal makanan-makanan ‘viral’ di media sosialnya.

Meskipun menjadi popular alam maya, wanita itu juga tidak lepas daripada menerima kecaman sesetengah individu mengenai bentuk tubuhnya yang sedikit besar ataupun dengan kata lain ‘body shaming’.

Advertisement

Malah, semenjak dirinya bergelar isteri, BebyTora mengakui sering menerima soalan tentang zuriat daripada netizen dan peminat sehingga ia telah menjadi satu kebiasaan buat dirinya dan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora)

Ada masanya saya penat juga orang tanya tentang zuriat. Macam dah putus asa. Kadang-kadang rasa sedih sebab saya sedar kekurangan diri. Tapi lama-lama dah terbiasa, dah lali.

BebyTora juga memaklumkan bahawa dia sering kali dinasihatkan untuk menjaga kesihatan serta menguruskan badan bagi tujuan mendapatkan anak.

Malah, suami BebyTora, Apit turut menerima tempias kutukan yang diterima isterinya itu.

@bebytoratora

Replying to @tiada dlm rekod

? Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Setiap kali saya live dengan isteri, mesti ada yang suruh saya kahwin lain. Walaupun saya tak ada anak, tak ada zuriat, tapi saya bahagia dengan isteri. Saya percaya rezeki Allah.

Berikutan itu, Apit berharap agar netizen di luar sana untuk lebih berhati-hati apabila meninggalkan komen di media sosial kerana ia boleh mengguris hati sesiapa yang membacanya meskipun ia hanyalah seperti asam garam yang perlu dihadapi mereka apabila terlibat dalam dunia hiburan.

Dulu masa mula-mula kahwin, memang saya rasa sentap. Tapi lama-lama saya sedar, kita dah masuk bidang media sosial, jadi kita kena terima. Saya anggap mereka bergurau saja.

Sekadar info, Apit dan BebyTora telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019 dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada bulan hadapan.

ratu farah buat kecoh
1 year ago

"Mak Ayah Tak Nasihat Ke?" - Ratu Farah Diva Bergaduh Dengan 'Founder' Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Menyampah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...