Semalam, pemain pertahanan Selangor FC iaitu Ahmad Khuzaimi Piee mendakwa kediamannya telah dipecah masuk oleh individu tak dikenali sewaktu dirinya keluar menjalani sesi latihan di Pusat Latihan Selangor.
Pintu pagar rumah terbuka
Menurut laporan polis yang dikongsikan di Instagram story miliknya, Khuzaimi melaporkan kejadian berkenaan dipercayai berlaku setelah dia meninggalkan rumah sekitar pukul 2 petang untuk berlatih.
Kemudian, pada 9 malam ketika dirinya baru pulang dari latihan tersebut, didapati pintu pagar rumahnya depan dan belakang telah dibiarkan terbuka.
Setelah membuat pemeriksaan, terdapat barang-barang berharga telah hilang antaranya adalah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang pelbagai jenama berserta passport telah hilang.
Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan.
Bimbang keselamatan keluarga
Dipetik dari Kosmo, Khuzaimi berkata kejadian tersebut berlaku ketika tiada sesiapa di rumah. Namun, dia mengakui bimbang dengan keselamatan keluarganya memandangkan ada alamat kampungnya tertera pada dokumen yang dilaporkan hilang semasa rompakan itu.
Saya tinggal seorang saja dekat sini (Shah Alam). Anak dan isteri semuanya berada di Melaka dan Alhamdulillah ketika kejadian tiada orang di rumah.
Kebimbangan ketika ini adalah passport dan beberapa dokumen penting menggunakan alamat kampung. Saya bimbang mengenai keselamatan ahli keluarga di kampung.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.