“Be Gentle, Tak Payah Berkias, Sebut Nama Dan Beri Bukti” – Fizo Omar Ajak Mawar Karim ‘Settle’ Masalah Di Mahkamah

Hiburan

“Be Gentle, Tak Payah Berkias, Sebut Nama Dan Beri Bukti” – Fizo Omar Ajak Mawar Karim ‘Settle’ Masalah Di Mahkamah

Pelakon dan juga usahawan, Fizo Omar tampil memberi kenyataan apabila dia mengakui segala sindiran yang dikeluarkan oleh bekas isterinya, Mawar Karim adalah ditujukan kepada dirinya.

Tambah Fizo, segala sindiran yang diterimanya itu adalah satu fitnah dan boleh menjejaskan nama baik dia dan keluarga.

Advertisement

Katanya lagi, adalah tidak elok untuk bersikap ‘meroyan’ di media sosial sebaliknya boleh diselesaikan secara bersemuka.

Sekiranya betul, saya rasa lebih gentle tak perlu berkias-kias, sebut sahaja nama senang kita ambil tindakan susulan. Pada saya itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

Be genuine, be gentle, sebut nama dan kemukakan bukti, petik nama. Rasa kalau ada benda tak betul, kita pergi mahkamah.

Fizo berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Mawar KarimSumber : Instagram  

Dia juga menegaskan bahawa sudah berbahagia bersama isteri baru dan berharap pihak sana menjaga ‘kain’ sendiri dan tidak perlu membuang masa dengan perkara seperti ini.

“Manusia sabar ada tahap, sampai tahapnya mungkin akan bersuara. Ingat, negara kita ada undang-undang. Jangan sampai susah satu hari baru kita fikir kesan dan akibat semata-mata mengikut emosi kita.” ujarnya lagi.

1 year ago

"Saya Tak Sempurna Tapi Saya Tak Fake!" - Mawar Karim 'Perli' Fizo Omar Lagi?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...