Kecoh di media sosial baru-baru ini, apabila seorang pelajar perempuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terima mesej peribadi yang kurang enak dari gurunya.
Menerusi perkongsian di Twitter itu, pelajar tersebut memuat naik tangkap layar mesejnya bersama guru tersebut di aplikasi Telegram, dimana pada mulanya dia cuma hanya bertanya apa yang telah berlaku kerana tidak tahu punca gurunya memberi mesej itu kepadanya
Melalui temubual bersama mStar, gadis itu menerima mesej terbabit pada jam 8.21 malam dan beliau ketika itu masih berfikir baik berkemungkinan gurunya tersalah hantar tetapi apabila dia bertanya semula dengan nada yang sopan, guru tersebut seolah-olah bertambah ‘berang’ terhadap dirinya.
help me with this pls pic.twitter.com/cKH3RYN56U
— ira (@naezeyra) March 4, 2022
Menurutnya lagi, dia telah memaklumkan perkara terbabit kepada ibunya, namun guru itu meminta ibunya untuk datang ke sekolah untuk bincang hal tersebut secara bersemuka, lalu guru terbabit block gadis itu serta ibunya di aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Disebabkan perkara tersebut berlaku, pelajar perempuan itu akui sedikit terganggu ditambah pula apabila beliau dikecam teruk oleh guru-guru lain di sekolah kerana menularkan hal itu di media sosial.
Basically cikgu lain back-up cikgu tu. Ada cikgu yang screenshot petikan berita mengenai perkara ini dan hantar di grup WhatsApp kelas lain.
Tak sangka ciapannya bakal tular di media sosial, gadis itu berasa terharu kerana ramai warganet yang menyokongnya serta memberi kata-kata semangat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.