Bayi Tak Aktif Kerana Kecaman Netizen Terhadap Bekas Isteri, Bukan Kerana Saya – PU Abu

Hiburan

Bayi Tak Aktif Kerana Kecaman Netizen Terhadap Bekas Isteri, Bukan Kerana Saya – PU Abu

Sebelum ini, kami ada melaporkan keadaan anak dalam kandungan Ain Afifi, bekas isteri PU Abu yang tidak aktif kerana tekanan dan stress yang diterima. Mati-mati kami ingatkan tekanan tersebut adalah kerana apa yang dilakukan oleh suaminya kepada Ain, namun menurut PU Abu sendiri, bekas isterinya itu stress kerana kecaman netizen, bukannya kerana perbuatan dirinya. Eh?

netizen pu abu

Advertisement

Agak pelik juga kerana setahu kami hampir 100% netizen menyokong Ain Afifi dan tidak pernah menyalahkan dirinya di dalam kemelut ini. Semuanya netizen satu Malaysia bersetuju dan bersepakat untuk mengecam PU Abu. Tup-tup PU Abu boleh salahkan para netizen yang begitu jujur memperjuangkan nasib seorang isteri teraniaya. Pelik juga kan?

Kata PU Abu:-

Saya direct PM (private message) dengan Ain dan dia sebut baby tak aktif bukan disebabkan saya, sebaliknya dia stress dengan kecaman dan kritikan daripada netizen sendiri. Keluarga Ain juga memaklumkan dia perlukan rehat dan tak boleh stress.

Sebenarnya insiden bayi tak bergerak itu berlaku dua hari sebelum kami naik ke mahkamah. Baby tak aktif itu perkara biasa yang berlaku di kalangan ibu-ibu hamil. Cuma apa yang berlaku bukanlah disebabkan saya ‘bantai’ dia untuk naik court. Sebaliknya kecaman netizen terhadap dia.

pu abu

Fuh, pastinya kata-kata PU Abu ini akan membangkitkan kemarahan para netizen. Secara jujurnya memang tak pernah kami lihat mana-mana netizen menyalahkan Ain Afifi di dalam masalah ruamhtangga ini. Mungkin Ain perlu tampil untuk membersihkan nama netizen yang telah banyak memberi sokongan moral dan kata-kata perangsang terhadapnya.

Apa pun, akibat kontroversi ini, PU Abu telah disisihkan oleh teman-teman rapat serta ahli keluarganya. Namun PU Abu tidak menyalahkan mereka sebaliknya menganggap ia satu perkara yang mematangkan lagi dirinya. Kata PU Abu lagi:-

Kalau dah namanya manusia, mereka ada pandangan yang berbeza. Ada yang negatif, ada yang positif. Saya tiada masalah dengan kawan-kawan dan tak salahkan mereka pun. Saya faham mereka bertindak atas apa yang mereka nampak. Saya anggap segala kritikan dan kecaman yang mereka berikan sebagai nasihat untuk saya menjadi orang yang lebih baik.

Dalam hidup ini saya belajar satu benda iaitu apabila membuat keputusan harus memberikan kepentingan kepada orang lain. Maknanya sebelum saya buat apa-apa kena fikir family saya macam mana, kawan-kawan dan orang sekeliling macam mana.

pu abuOooo. Akhirnya PU Abu telah belajar untuk memikirkan hati orang lain sebelum buat apa-apa keputusan. Sebelum ini PU Abu tak belajar lagi itu yang sanggup tinggalkan isteri yang sedang hamil. Pasti selepas ini PU Abu tak mengulangi kesilapan yang sama kan? Baguslah PU Abu ini. Memang layak jadi PU sungguh. Good job!!! Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...