Bayi Setahun Mati Didera, Ibu Muda Usia 16 Tahun Dan ‘Bf’ 34 Tahun Antara Yang Ditahan

Berita

Bayi Setahun Mati Didera, Ibu Muda Usia 16 Tahun Dan ‘Bf’ 34 Tahun Antara Yang Ditahan

Memetik Astro Awani, sembilan individu berusian 16 hingga 48 tahun telah ditahan pihak polis susulan daripada kes kematian seorang bayi lelaki berusia 12 bulan dipercayai akibat didera.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San di mana dia memaklumkan bahawa penahanan itu dibuat selepas pihak polis menerima maklumat daripada Hospital Seberang Jaya yang ada menerima kesan dera kira-kira jam 7 malam Sabtu lalu.

Advertisement

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, bayi lelaki itu telah dibawa ke hospital oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berusia lingkungan 30-an.

Lelaki itu memberitahu bayi itu telah pengsan dan memerlukan rawatan sebelum beredar meninggalkan kawasan hospital. Salah seorang daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah.

Difahamkan, ibu kepada mangsa yang berusia 16 tahun yang turut ditahan sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Remaja itu telah meletakkan anaknya untuk dijaga teman lelaki berusia 34 tahun ketika dia keluar bekerja dan lelaki yang tidak bekerja itu disyaki suspek utama dalam kes tersebut.

Mangsa meninggal dunia disebabkan usus pecah dipercayai dipijak dan terdapat kesan pukul. Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sanusi
8 months ago

"Sudahlah, Hidup Dengan Aman Hampa Oii" - Ibu Bapa Gadis Kena Lepuk Dengan MB Kedah Minta Jangan Sensasikan Isu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...