“Sudahlah, Hidup Dengan Aman Hampa Oii” – Ibu Bapa Gadis Kena Lepuk Dengan MB Kedah Minta Jangan Sensasikan Isu

Berita

“Sudahlah, Hidup Dengan Aman Hampa Oii” – Ibu Bapa Gadis Kena Lepuk Dengan MB Kedah Minta Jangan Sensasikan Isu

Tular beberapa hari ini mengenai kisah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang ‘melepuk’ kepala seorang gadis remaja menggunakan kertas.

Kisah ini kemudian menjadi sensasi dan menjadi modal netizen dan juga figura politik lain untuk dijadikan isu di media sosial.

Advertisement

Maklum dengan perkara itu, ibu kepada remaja perempuan itu yang dikenali sebagai MCSyalwa di TikTok tampil memberikan respon mengenai isu itu.

Ujar si ibu, mereka sekeluarga tiada masalah dengan insiden itu dan meminta mereka di luar sana agar tidak mensensasikan perkara yang tidak betul.

Sudah-sudahlah. Hidup dengan aman hampa ooi. Buat apa mensensasikan perkara tidak betul. Kami pihak ibu bapa dan anak tiada apa isu pun. MB baik ja, melayan kami.

Tidak sakit, patah pun. Kami melawak sesama kami, itupun nak jadi isu.

Si ibu juga tidak mengharapkan sebarang permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya menyifatkan tindakan Sanusi sebagai tidak beradab.

Walau bagaimanapun, Sanusi merasakan tindakannya itu sebagai gurauan ‘bapa dan anak’ gara-gara gadis itu lambat memohon bantuan untuk meneruskan pelajaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datuk K Zahid Hamidi
9 months ago

Jadi Saksi Kes Ahmad Zahid Hamidi, Kemunculan Suami Tokti Iaitu Datuk K Curi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...