Memetik Astro Awani, sembilan individu berusian 16 hingga 48 tahun telah ditahan pihak polis susulan daripada kes kematian seorang bayi lelaki berusia 12 bulan dipercayai akibat didera.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San di mana dia memaklumkan bahawa penahanan itu dibuat selepas pihak polis menerima maklumat daripada Hospital Seberang Jaya yang ada menerima kesan dera kira-kira jam 7 malam Sabtu lalu.
[KEMAS KINI] Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan usus pecah dipercayai dipijak dan terdapat kesan pukul. #AWANInews #AWANI745 https://t.co/15wVEV8Ip0
— Astro AWANI (@501Awani) August 28, 2023
Berdasarkan siasatan yang dijalankan, bayi lelaki itu telah dibawa ke hospital oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berusia lingkungan 30-an.
Lelaki itu memberitahu bayi itu telah pengsan dan memerlukan rawatan sebelum beredar meninggalkan kawasan hospital. Salah seorang daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah.
Difahamkan, ibu kepada mangsa yang berusia 16 tahun yang turut ditahan sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Remaja itu telah meletakkan anaknya untuk dijaga teman lelaki berusia 34 tahun ketika dia keluar bekerja dan lelaki yang tidak bekerja itu disyaki suspek utama dalam kes tersebut.
Mangsa meninggal dunia disebabkan usus pecah dipercayai dipijak dan terdapat kesan pukul. Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.