“Bayar Mahal, Patutlah Lingkup Bisnes..” – Pembeli Mengadu, Biskut ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ Indah Khabar Dari Rupa?

Hiburan

“Bayar Mahal, Patutlah Lingkup Bisnes..” – Pembeli Mengadu, Biskut ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ Indah Khabar Dari Rupa?

Sedia maklum, isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memulakan perniagaan biskut bernama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ selepas ditimpa ujian bertubi-tubi dan perlu menanggung anak-anak.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu memaklumkan perniagaannya itu bakal ditutup, namun enggan mendedahkan punca perniagaan biskut itu diberhentikan.

Advertisement

Biarpun umum bakal ditutup, ada juga pembeli yang dapat merasa biskut tersebut dengan membelinya secara online tetapi ia boleh dikatakan indah khabar dari rupa.

Melalui video tersebut, individu itu menunjukkan beberapa biskut hancur serta kotak biskut tersebut dipenuhi dengan bekas cat, tetapi pembeli berkenaan tidak tahu sama ada ‘kotoran’ berkenaan adalah disengajakan ataupun tidak.

Menurut pembeli, niatnya bukanlah mahu mengecam, namun hanya sekadar teguran supaya tidak berlaku kepada pembeli lain kerana harga untuk membeli biskut berkenaan tidak murah.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa melihat packaging biskut berkenaan dan berpendapat Shuhada silap memilih perniagaan.

Sekadar info, sewaktu Shuhada mengumumkan harga biskut ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ kepada umum, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan menganggap ia adalah biskut harga kayangan.

1 year ago

"Saya Ada Alasan Sendiri.." - Shuhada Nafi Tutup Bisnes 'Shelup-Shelup' Sebab Harga Kayangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...