Baru-baru ini, pelakon dan model dikenali ramai, Alicia Amin memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang membuat protes dengan memegang sepanduk ketika Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) sedang berlangsung.
Lihat dari perkongsiaannya di Instagram Stories, Alicia memuat naik fotonya memegang sepanduk dengan ayat memprotes isu pihak KLFW masih belum membayar duit model.
Kerana sudah ceburi bidang model selama 12 tahun, Alicia akui sudah ‘penat’ dengan isu seperti ini dan memberitahu sebab dia bersendirian membuat protes kerana tidak mahu risikokan karier serta reputasi pihak lain.
Dalam pada masa yang sama, dia turut meminta agar model lain untuk memaklumkan kepadanya sekira pihak KLFW tidak membayar dalam tempoh 24 jam lepas pertunjukan fesyen selesai.
KLFW tak bayar model last year ke sampai Alicia Amin protest ni??? pic.twitter.com/ftv8ny0GSI
— AE (@arfdy12) August 18, 2022
Malah video dirinya membuat protes juga telah tular di platform media sosial yang lain, hingga membuat para warganet tertanya-tanya apa yang sudah pihak KLFW lakukan kepada para model.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.