Bawa Mesej Untuk Pembuli, ‘Dentist’ Viral Kini Muncul Single Lagu Terbaru – “Datuk Aliff Syukri Dah Ada Pesaing!”

Kehidupan

Bawa Mesej Untuk Pembuli, ‘Dentist’ Viral Kini Muncul Single Lagu Terbaru – “Datuk Aliff Syukri Dah Ada Pesaing!”

Pensohor media sosial yang juga bergelar doktor gigi, Dr. Ben Gee khabarnya telah melebarkan sayap menjadi penyanyi pula apabila dia tampil dengan single lagu terbaru berjudul ‘In Your Face’.

Difahamkan Dr. Ben telah berkolaborasi dengan komposer terkenal iaitu Omar K dan juga John Jeeves di mana lagu tersebut juga hasil ciptaannya sendiri bersama rakan, Dari dan juga Shaz.

Advertisement

Dr Ben yang ditemui media berkata, dia memang gemar berada di atas pentas untuk menyanyi dan juga menyertai persembahan teater dan muzikal sejak kecil dan semakin menyerlah ketika berada di universiti.

Manakala bagi single sulungnya ini, Dr Ben ingin membawa pemerkasaan dari segi ‘self love’ atau ‘self acceptance’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ben Gee (@drbengee)

Saya mahu empower generasi muda melalui lagu saya dengan menegaskan yang pentingnya untuk menerima diri sendiri atau sayangi diri sendiri..

..jangan peduli kalau ada ramai ‘haters’ kerana kita perlu berani untuk menjadi diri kita yang sebenar.

Lagu In Your Face ini juga boleh dijadikan halwa telinga setiap peringkat umur kerana iramanya yang bergenre pop rancak moden dan ia kini boleh dilayari di semua talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube, KKBox, Deezer dan juga Joox.

Terdahulu, Dr Ben Gee sememangnya dikenali sebagai seorang pengamal perubatan profesional dalam bidang pergigian yang gemar membuat ‘content’ jenaka di laman TikToknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

'Influencer' Makan Banyak Pil 'Supplement', Netizen Persoal - "Tak Bahaya Ke Buah Pinggang?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...