MFMF Bawa Karya Malaysia Ke Korea Selatan, Kolaborasi Bersama Artis YG Entertaiment

Hiburan

MFMF Bawa Karya Malaysia Ke Korea Selatan, Kolaborasi Bersama Artis YG Entertaiment

Kumpulan penulis lagu dan penerbit rakaman terkenal, MFMF. membawa karya Malaysia ke Korea Selatan selepas berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer negara itu iaitu Jimmy Brown untuk lagu trilogi mereka bertajuk Rindu.

Ahlinya Brendan Lim berkata, mereka juga dalam usaha untuk bekerjasama dengan penyanyi daripada agensi artis terkenal YG Entertainment pada tahun hadapan.

Advertisement

Menurutnya, MFMF. menghasilkan sebuah lagu berjudul Rindu trilogi yang mendapat sentuhan tiga bahasa iaitu Korea, Mandrin dan Bahasa Melayu dengan tajuk yang berbeza.

Rindu part 1 kolaborasi bersama penyanyi dan penggubah lagu dari Korea Selatan, Jimmy Brown telah pun dilancarkan di semua platform digital.

MFMF. melihat ia sebagai batu loncatan untuk mereka membina nama di Korea kelak. Mereka juga sedang menjalankan kerjasama dengan salah seorang artis debut YG Entertainment pada tahun hadapan.

Rindu part 2 pula berkolaborasi bersama Gaston Pong dan Madison Lau bagi versi Mandarin.

Sementara itu, bagi Rindu part 3, mereka berkolaborasi dengan penyanyi Airlift dan Alex Ungu bagi versi Bahasa Melayu.

Info tambahan, selain Brendan Lim, MFMF. turut dianggotai oleh Justin Seow dan Zen. Mereka mula dikenali sebagai komposer menerusi lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan Cute oleh Harith Zazman.

Sophia Liana
2 years ago

Sophia Liana Wakili Malaysia Ke ASEAN Korea Music Festival Round 2021

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...