Sophia Liana Wakili Malaysia Ke ASEAN Korea Music Festival Round 2021

Hiburan

Sophia Liana Wakili Malaysia Ke ASEAN Korea Music Festival Round 2021

Penyanyi, Sophia Liana bakal beraksi mewakili Malaysia pada acara berprestij ASEAN Korea Music Festival Round 2021 (AKMF2021) anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Korea Selatan pada 9 Januari tahun depan.

3 years ago

Enggan Dibayangi Kisah Silam, Sophia Liana Terbit Single Terbaru 'Dulu' Tanda Ingin Terus 'Move On'

Advertisement

Sophia yang bakal mempersembahkan lima lagu kini sedang rancak melakukan segala persiapan rapi dan menyifatkan peluang dapat terpilih beraksi di acara tersebut ibarat mimpi jadi kenyataan.

Inilah masanya untuk saya bersama pasukan, Budak Ngam tunjukkan kehebatan yang ada dalam industri muzik kita.

Menurut Sophia, dia menerima berita gembira tersebut pada pertengahan bulan ini dan pada mulanya pengurusnya memberitahu profilnya kepada penganjur di Korea Selatan.

Dua minggu kemudian, Sophia dan pihak pengurusannya menerima kata putus daripada pihak di Korea yang memaklumkan persetujuan mereka mengambilnya untuk mewakili Malaysia kali ini.

Tambah Sophia tentang persiapan persembahan, dia pertamanya mahu menetapkan muzik terlebih dahulu dan kemudiannya baru menetapkan konsep, pakaian, aspek teknikal seperti props dan lain-lain.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancang.

Ujar Sophia lagi, dia turut menyimpan misi besar dalam pembabitannya di AKMF2021 tersebut iaitu berazam memperkenalkan serta memartabat keunikan tradisi Malaysia menerusi persembahannya kelak selain mahu mengembangkan namanya.

Sophia Liana

Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri juga mengharapkan agar persembahannya nanti berjaya meninggalkan impak  besar kerana ia merupakan satu peluang untuk kedepankan lagi dirinya sebagai selebriti dari Malaysia ke mata dunia.

Sophia yang juga anggota kumpulan De Fam sempat memberitahu yang dia ingin tunjukkan keunikan cara rapnya, rentak muzik dan kreativiti susunan muzik sesuai dengan identiti dirinya.

Dalam pada itu, Sophia juga berharap semoga penari dan kru Budak Ngam juga bakal mendapat perhatian besar daripada ramai orang khususnya yang menonton persembahan mereka nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...