Bawa Imej Berhijab, Sharifah Rose Enggan Terlalu ‘Terkinja-Kinja’ Dalam Program Master In The House Malaysia

Hiburan

Bawa Imej Berhijab, Sharifah Rose Enggan Terlalu ‘Terkinja-Kinja’ Dalam Program Master In The House Malaysia

Pelakon baharu yang semakin menempa nama dalam industri seni lakonan, Sharifah Rose memaklumkan bahawa dia perlu lebih berhati-hati dan pandai membawa diri kerana membawa imej wanita berhijab.

Sharifah Rose
3 years ago

Kontroversi Bantu Naikkan Nama, Sharifah Rose Tak Mahu Fikir Soal Cinta, Mahu Fokus Berlakon

Advertisement

Dia yang kini terlibat dalam sebuah rancangan program realiti adaptasi dari negara Korea, Master In The House Malaysia mengakui ‘memilih’ setiap tawaran yang diberikan agar sesuai dengan pembawaan dirinya yang bertudung.

Jelas Rose, dalam program tersebut, dia perlu lebih aktif dan melakukan tugasan seperti menari dan disebabkan oleh itu, terdetik perasaan risau dalam hati jika gerak-gerinya keterlaluan dan tidak manis dipandang oleh penonton.

Sudahlah saya tidak pandai menari, imej pula bertudung. Jadi saya takut juga jika dikritik netizen kalau saya ‘terkinja-kinja’.

Saya disaran untuk menari setakat mana yang saya mampu dan produser juga sudah pesan tidak perlu try hard dan buat ikut kemampuan.

Ujar Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira,23, dia bersyukur apabila diberi peluang untuk terlibat dalam program realiti tersebut kerana rancangan itu turut melibatkan master dalam kalangan selebriti dan juga tokoh terkenal bukan sahaja di Malaysia malah luar negara.

Sekadar info, Master In The House Malaysia turut menampilkan lima selebriti popular Malaysia iaitu Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee, Meyrasam (CASSIA) dan juga Hael Husaini di mana mereka akan berguru dengan 8 ‘Master’ yang disegani dari Malaysia dan Korea.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...