Kontroversi Bantu Naikkan Nama, Sharifah Rose Tak Mahu Fikir Soal Cinta, Mahu Fokus Berlakon

Hiburan

Kontroversi Bantu Naikkan Nama, Sharifah Rose Tak Mahu Fikir Soal Cinta, Mahu Fokus Berlakon

Pelakon baru Sharifah Rose mengakui kontroversi yang diterimanya sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni sedikit sebanyak membantunya untuk lebih dikenali oleh peminat.

Sharifah Rose Redza Rosli
3 bulan lalu

"Bukan Bercinta, Saya Terhutang Budi.." - Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

Advertisement

Sharifah Rose yang sebelum ini pernah bergelut dengan isu panas berkata dia banyak mempelajari benda baharu terutamanya cara mengendalikan sesuatu hal yang berlaku.

Meskipun jauh dari sudut hati dia mencuba untuk mengelak daripada kontroversi namun Rose berkata orang lebih melihat cara seseorang selebriti menghadapi kontroversi kerana ia menggambarkan diri mereka sendiri.

Advertisement

Cumanya macam mana kita nak handle kontroversi itu yang akan menggambarkan diri kita, sebab itu ada orang cakap..bad publicity still a publicity.

Kontroversi sebelum ini banyak saya belajar macam mana nak kawal keadaan. Bila kita dah masuk dalam industri, memang tak boleh nak undur ke belakang, cuma boleh perbaiki kekurangan kita.

Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira menjelaskan bahawa dia enggan lagi dikaitkan dengan kontroversi peribadi semata-mata, sebaliknya mahu fokus kepada karier lakonan yang semakin baik.

Mengambil pelakon berkaliber Nabila Huda sebagai idola, Rose memberitahu bahawa dia ingin belajar banyak perkara dan ingin menjadi setaraf dengan pelakon hebat yang berada dalam industri ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    December 21, 2021 at 4:37 pm

    ah xlawa la die ni. biase je aku rase.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...