Bau badan Busuk? Ini 5 Jenis Makanan Anda Perlu Elak

Kehidupan

Bau badan Busuk? Ini 5 Jenis Makanan Anda Perlu Elak

Gejala bau badan berlebihan pastinya akan meresahkan sesiapa yang mengalaminya.

Tahukah anda, selain daripada faktor peluh dan juga bakteria yang melekat pada badan, bau yang kurang enak juga boleh tercetus daripada jenis makanan yang kita ambil pada setiap hari.

Advertisement

Di bawah adalah contoh makanan yang boleh membuatkan bau badan anda kurang menyenangkan jika diambil berlebihan.

1. Bawang

BawangSumber : Google  

 

Bukan rahasia lagi bahawa bawang sememangnya penyumbang kepada bau badang yang tidak enak. Ini kerana bawang mengandungi bahan sulfur yang dapat meruap dan akan menyebabkan bau pada peluh yang dihasilkan oleh tubuh.

Malah, air kencing dan nafas selepas bahan ini dihadam juga boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Makanan Pedas

Spicy FoodSumber : Google  

 

Penggemar makanan pedas pastinya tidak senang duduk kan? Namun anda perlu berhati-hati kerana selain tidak baik untuk kesihatan penghadaman, ianya juga boleh mencetuskan bau badan disebabkan oleh kandungan gas yang dikeluarkan oleh badan melalui peluh.

3. Makanan Laut

Bau hanyir daripada makanan laut juga sebenarnya boleh menjejaskan bau badan disebabkan oleh kandungan kolin di dalam makanan ini.

 

SeafoodSumber : Google  

 

Ini berikutan sesetengah orang tidak dapat mencerna kandungan tersebut dengan baik dan kolin akan menghasilkan sebatian trimethylane dalam badan dan boleh menyebabkan bau tidak menyenangkan.

4. Daging Merah

Daging merahSumber : Google  

 

Daging merah seperti daging kambing dan daging lembu jika diambil secara berlebihan boleh merangsang pengeluaran bau badan yang kurang menyenangkan.

Ini kerana daging adalah sejenis makanan yang suka dihadam oleh badan dan akan meninggalkan sisa yang dikeluarkan bersama peluh.

5. Sayur – Sayuran Cruciferous

Sayuran jenis cruciferous adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi sulfur yang tinggi di dalamnya. Antara contoh sayuran jenis ini adalah brokoli, lobak, kentang, kobis dan brusel.

sayuranSumber : Google  

 

Meskipun sihat untuk dimakan, namun bahan-bahan ini juga boleh mencetuskan bau badan.

Ini adalah contoh 5 jenis makanan yang boleh dikurangkan pengambilannya jika anda merupakan golongan yang mudah berpeluh dan sering mengalami masalah bau badan yang kurang menyenangkan.

Racun semut bahaya
2 years ago

Ramai Tak Tahu, Racun Semut Jenama Ini Sebenarnya Boleh Sebabkan Sawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...