Ramai Tak Tahu, Racun Semut Jenama Ini Sebenarnya Boleh Sebabkan Sawan

Kehidupan

Ramai Tak Tahu, Racun Semut Jenama Ini Sebenarnya Boleh Sebabkan Sawan

Golongan suri rumah pastinya runsing apabila melihat kawasan dapur terutamanya dipenuhi semut.

Pantang letak makanan yang manis atau bergula, pasti akan dihurungi serangga itu. Dan pastinya, kita akan mencari alternatif bagi menghindarkan atau mengelakkan perkara itu berlaku misalnya dengan membeli racun semut.

Advertisement

 

GoogleSumber : Google  

 

Namun begitu, adakah anda tahu terdapat racun semut yang berbahaya kepada persekitaran dan juga tubuh badan manusia?

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia (PHM), racun semut jenis Shang Jia Ant Clean boleh menyebabkan manusia mengalami sawan dan sangat toksik kepada alam sekitar dan juga benda hidup.

Namun, ianya masih dijual secara terbuka di pasar malam dan juga secara dalam talian.

 

 

Bahkan, kesan toksin dalam racun semut itu juga akan kekal lama dalam tubuh badan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Menurut PHM, racun tersebut mengandungi bahan beracun Mirex yang boleh berada dalam tubuh badan manusia dan boleh menyebabkan gejala muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan degupan jantung yang tidak sekata.

Malah, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara selama 1 tahun atau denda sebanyak RM10,000 jika didapati mengedar atau menjual racun semut terbabit.

Sangat merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.

RFID belakang plate kereta
2 years ago

Lelaki Ini Kongsi Tips Lekat RFID Pada Kereta, Elak ‘Sangkut’ Di Plaza Tol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...