Pelakon dan juga personaliti TV, Diana Amir meluahkan rasa risau dan bimbang dengan keadaan kampung halamannya yang dilanda banjir kilat sejak kelmarin.
Difahamkan, kampung halaman Diana Amir terletak di Kampung Masjid Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu telah ditenggelami air.
View this post on Instagram
Dia berkongsikan mengenai keadaan kampungnya itu menerusi sebuah video pendek di Instagramnya baru-baru ini.
Diana yang juga merupakan usahawan turut menzahirkan perasaan sedih melihatkan tanah perkuburan arwah nenek dan datuknya yang telah tenggelam akibat banjir.
View this post on Instagram
Sekitar tanah perkuburan arwah Maktok dan Tokwan yang sangat disayangi dan dirindui di Teluk Kumbar Penang. Habis ditenggelami air, batu nisan macam tak nampak dah. Allah..mohon doakan mereka diselamatkan dari azab kubur sehinggalah ke hari penghitungan diselamatkan daripada azab dan kami dapat berjumpa kembali di syurga Allah. Amin.
Dalam masa yang sama, Diana turut menunjukkan keadaan sekitar kampungnya yang berdepan banjir kilat.
Diana juga turut menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terjejas dengan peristiwa banjir itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.