Sedia maklum, kerajaan di Malaysia sejak lima tahun yang lalu sudah bertukar sebanyak tiga kali untuk mentadbir negara dan pada siapa yang tidak mengikuti perkembangan politik di negara ini, kebarangkalian untuk berasa keliru itu sememangnya tinggi.
Seperti situasi yang dilalui oleh peserta Dewi Remaja baru-baru ini dalam video yang dimuat naik oleh Sinar Harian di Twitter mereka apabila ia memaparkan peserta-peserta berkenaan kelihatan blank apabila ditanyakan soalan politik.
Semasa ditemubual, wartawan telah bertanyakan soalan mengenai tiga parti pembangkang dan tiga parti yang mentadbir kerajaan persekutuan.
Has the country’s political instability got these ladies confused? Watch what they have to say now!#DewiRemaja #PoliticallyFrank #Merdeka #Malaysia #Politics #BeautyWithBrains pic.twitter.com/2WDrUAV6Fh
— Sinar Daily (@sinardailymy) August 24, 2022
Salah seorang peserta telah menjawab tiga parti pembangkang adalah PAS, MUDA serta Barisan Nasional sebelum menukar jawapannya kepada Pakatan Harapan.
Dapat dilihat semasa memberi jawapan, kesemua peserta yang ada disitu kelihatan keliru serta was-was dengan jawapan yang diberikan oleh mereka untuk wartawan yang menanyakan soalan asas politik itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan peserta itu semua tidak layak untuk dijadikan contoh kepada orang ramai dan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh gadis Dewi Remaja itu semua kerana soalan yang ditanya boleh dikatakan pengetahuan asas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.