Pelakon jelita Bollywood, Deepika Padukone ada mendedahkan sikap buruk suaminya yang sangat sukar untuk diubah meskipun sudah banyak kali ditegur.
Ujar bintang filem Bajiro Mastani ini lagi, suaminya yang juga pelakon terkenal Bollywood, Ranveer Singh khabarnya seorang yang sangat suka membuang masa yang lama di dalam bilik air.
Katanya lagi, dia sendiri tidak tahu apa yang dibuat suami kesayangannya itu sehingga mengambil masa yang begitu lama untuk bersiap dan mandi.
Bukan sahaja ketika bersiap dan mandi, bahkan ketika ingin tidur pun dia akan mengambil waktu yang sangat lama dan panjang.
Malah, Ranver juga disifatkan sebagai ‘bakul sampah’ oleh Deepika kerana kebolehannya untuk menghabiskan kesemua makanan yang tidak habis.
“Perut dia seperti ‘bakul sampah’. Jika saya tidak habis makan, semua makanan itu akan masuk ke dalam perutnya.” ujar aktres jelita yang kini berusia 35 tahun itu lagi.
Sekadar info, Deepika dan Ranveer Singh telah bernikah dalam sebuah majlis intim bertempat di negara Italy pada 14 November 2018 yang lalu.