Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada berkongsi pengalaman cemas yang dialaminya apabila tayar kereta yang dinaiki tiba-tiba sahaja pecah dan meletup ketika dia dalam perjalanan pulang dari sebuah klinik di ibu kota, baru-baru ini.
Cerita Uyaina, dia yang pada itu sedang berfikir untuk menukar kereta baru dan mengakui ia merupakan kesilapan besar apabila mempunyai pemikiran seperti itu ketika memandu.
View this post on Instagram
Menganggap insiden tersebut sebagai sesuatu yang sangat menakutkan, Uyaina turut berkongsi pengalamannya itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram untuk bacaan peminat.
“Cerita semalam. Tayar kereta pecah dan meletup. Semalam, masa dalam terowong nak balik dari klinik di KL. I sedar ada bunyi sangat kuat dan menakutkan. Dan benda yang paling tak boleh blah tu, masa i tengah dribe, i baru je cakap-cakap dengan diri sendiri, cakap dalam hati pasal nak beli kereta baru. Ya. Kesilapan paling besar!”
Dia yang pada mulanya tidak perasan mengenai tayar yang pecah itu tetap meneruskan pemanduan dan hanya berhenti apabila kereta sudah tidak dapat bergerak.
View this post on Instagram
Cuak dengan apa yang terjadi, Uyaina segera menghubungi kekasih hati yang juga penyanyi, Raja Syahiran dan urusan menukar tayar selesai kira-kira 15 minit kemudian.
Mengambil iktibar atas kejadian itu, Uyaina sempat memesan kepada mereka di luar sana terutamanya golongan wanita untuk melakukan pemeriksaan berkala pada kenderaan masing-masing.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.