Seorang kanak-kanak berasal dari Kotamobagu, Indonesia meninggal dunia dan ia dipercayai kerana didera oleh ayah kandung dan ibu tiri.
Berdasarkan laporan Suara, kanak-kanak berusia lima tahun itu baru sahaja seminggu dihantar oleh nenek untuk tinggal bersama ayah kandungnya di Gorontalo atas alasan boleh dihantar ke sekolah.
Namun, sebab kanak-kanak itu meninggal dunia tidak lagi dapat dikesan tetapi pihak keluarga merasakan mangsa meninggal secara tidak wajar.
Selain itu, kesan lebam dan juga batang penyapu dalam keadaan patah membuatkan pihak keluarga mangsa yakin bahawa ada kekerasan yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut.
Dalam pada itu, pihak keluarga mangsa juga berharap agar keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes yang berlaku.
Bapa kandung kepada kanak-kanak itu juga dikatakan telah dijemput hadir ke balai polis demi membantu siasatan kes.