Pelakon berbakat, Amerul Affendi,35, sekali lagi berdepan dugaan hebat apabila perusahaan sangkar ikan patin yang diusahakan di Sungai Pahang sekali lagi hancur dilanda banjir, baru-baru ini.
Baru sahaja ingin ‘bernafas’ daripada tragedi sama pada awal tahun ini, Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi turut memaklumkan bahawa dia masih belum menerima bantuan daripada pihak berkaitan atas kerugian kali pertama yang lalu.
Ujar Amerul, apa yang diterimanya hanyalah makanan ikan dan bukanlah bantuan seperti yang dijanjikan pihak berkaitan.
Yang rosak adalah sangkar kerana dirempuh kayu balak hanyut. Saya buat laporan polis maklumkan sangkar rosak teruk, tapi akhirnya bantuan yang diterima ialah makanan ikan.
Berikutan itu, pelakon filem Prebet Sapu ini hanya mampu memujuk hati sendiri apabila dirinya turut menerima tempias yang sama dalam tragedi banjir kali ini.
Memang tak dapat pulang modal baliklah untuk kerosakan sebelum ini. Kami agak ‘struggle’ kerana baru pulih, tapi kena lagi. Tak tahu pa yang rosak sekarang.
Ujar Amerul lagi, kos membaiki sangkar dianggarkan bernilai RM4,000 atau lebih untuk yang kosong dan tidak diisi ikan.
Difahamkan juga, selain mengusahakan sangkar ikan patin di Sungai Pahang, Amerul juga ada menjalankan ternakan kerbau dan dia bersyukur haiwan-haiwan peliharaannya terselamat dari bencana alam itu.
“Tahun ini Mentakab paling teruk kena banjir. Saya juga bersyukur rumah emak di Taman Pasir Rawa tak kena kerana terletak di atas bukit..” katanya lagi menarik nafas lega.