Amerul Affendi Mahu Fokus Bidang Pertanian & Penternakan, Lakonan Bukan Kerjaya Utama

Hiburan

Amerul Affendi Mahu Fokus Bidang Pertanian & Penternakan, Lakonan Bukan Kerjaya Utama

Pelakon Amerul Affendi memilih untuk tidak menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan mahu beri fokus juga terhadap bidang pertanian serta penternakan di kampung.

Amerul Affendi
2 years ago

Amerul Affendi Alami Masalah Kesihatan, Masih Menunggu Dos Kedua Vaksin

Advertisement

Menurut Amerul, keputusan tersebut harus dibuat olehnya memandangkan situasi industri lakonan masa kini dilihat seakan-akan tidak memihak kepadanya.

Malah, Amerul juga sempat meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pemain industri yang disifatkan lebih mementingkan populariti di media sosial berbanding ilmu serta bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.

Apa guna saya belajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dahulu selama tiga tahun, berhabis masa dan duit tetapi bila nak keluar bekerja yang dinilai adalah jumlah followers.

Disebabkan itu, Amerul mengambil keputusan untuk tidak menjadikan lakonan sebagai kerjaya utama sebaliknya hanya sekadar hobi dan tidak lagi bergantung harap pada kerjaya lakonan untuk menjana pendapatan.

Amerul Affendi

Amerul turut menyifatkan segelintir penggiat seni di negara ini dilihat seperti masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam soal royalti dan kelompangan kontrak.

Sekadar info, Amerul kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Prebet Sapu yang turut dibintangi pelakon, Mei Fen Lim.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...